APA ITU PERLINDUNGAN KEMALANGAN DIRI / PERSONAL ACCIDENT (PA)?

APA ITU PERLINDUNGAN KEMALANGAN DIRI / PERSONAL ACCIDENT (PA)?

Klik untuk kongsikan dengan orang lain! Insyaallah bermanfaat. :)

apa-itu-insuran-perlindungan-kemalangandiri-personalaccidentpaAssalamualaikum pelanggan yang dihormati. Diharap sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera. Dalam artikel kali ini, pihak kami fiqriezack ingin berkongsi mengenai apa itu perlindungan kemalangan diri atau dalam bahasa inggerisnya personal accident (PA).

Perlindungan kemalangan diri merujuk kepada polisi insuran yang menyediakan pampasan kepada ahlinya sekiranya berlaku kematian, hilang upaya dan kecederaan yang disebabkan kemalangan. Definisi kemalangan ialah kejadian yang bersifat ganas, namun tidak disengajakan serta berbentuk luaran dan jelas kelihatan.

Ianya boleh didapati dalam bentuk perlindungan secara individu atau keluarga / sekumpulan orang. Kebiasaannya, sewaktu anda ingin memperbaharui insuran kenderaan, pihak insuran akan menawarkan perlindungan ini sebagai perlindungan tambahan. Untuk pengetahuan anda;

  1. Harga bagi perlindungan kemalangan diri adalah berbeza bagi setiap pelan dan syarikat takaful / insuran.
  2. Jumlah pampasan perlindungan juga berbeza.
  3. Sesetengah syarikat takaful / insuran turut memberikan manfaat tambahan lain seperti elaun bermalam di hospital, perbelanjaan pengebumian dll.
  4. Majoriti perlindungan kemalangan diri bagi insuran motosikal hanya melindungi pemilik kenderaan sewaktu membonceng / menunggang.
  5. Tidak kurang juga ada sesetengah syarikat insuran mewajibkan pengambilan insuran perlindungan kemalangan diri samada disebabkan risiko jenis kenderaan yang selalu hilang dll.
  6. Perlindungan kemalangan diri yang ditawarkan beserta insuran / takaful kenderaan biasanya hanya melindungi pemilik kenderaan  & penumpang sewaktu menaiki kenderaan tersebut.

P/S: Jangan lupa! Anda boleh mendapatkan perlindungan kemalangan diri serendah RM70 dengan Etiqa Takaful. Hubungi pihak kami di talian 016-309 5767 untuk bantuan. Semoga artikel kali ini dapat membantu anda memahami secara lebih mendalam konsep insuran / takaful kenderaan. Insyaallah. 🙂

One thought on “APA ITU PERLINDUNGAN KEMALANGAN DIRI / PERSONAL ACCIDENT (PA)?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *